3:00 petang
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Bukit Nanas (LRA Bukit Nanas) telah beroperasi sepenuhnya berikutan henti tugas sementara akibat insiden peningkatan warna dalam air terawat di LRA Bukit Nanas.
Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 7:00 pagi, 23 Jun 2022 (Ahad). Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Senarai kawasan yang terjejas adalah seperti di Lampiran A.
Air Selangor terus giat menggerakkan lori tangki air kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.
Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli dengan menghubungi Air Selangor di talian 15300. Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di stesen pengisian air yang telah dibuka di Sunway Batu Caves (wilayah Gombak).
Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.
-TAMAT-