Status Terkini Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) Berikutan Insiden Pencemaran Bau Di Muka Sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir

7:30 pagi

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) berikutan insiden pencemaran yang telah dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula jam 12.15 pagi, 1 Mei 2022. Setakat jam 6 pagi hari ini, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 48%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air mengikut wilayah adalah seperti berikut:

Bil. Wilayah Peratusan Pemulihan (%)
1. Sepang 96
2. Kuala Langat 70
3. Putrajaya 57
4 Hulu Langat 15
5. Petaling 0

 

Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 3:00 petang, 1 Mei 2022. Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Bantuan alternatif melalui lori tangki masih lagi digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …