9:30 malam
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini kerja-kerja pembaikan paip pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh.
Setakat jam 9:30 malam, kerja-kerja pembaikan telah siap dilaksanakan sepenuhnya. Justeru itu, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 2 Januari 2023 (Isnin).
Air Selangor akan terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-