Status Terkini Kerja-Kerja Penambahbaikan dan Penyenggaraan Aset Kritikal Secara Berjadual Di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1)

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) sedang giat dilaksanakan. Sehingga jam 5:00 petang ini, peratusan kerja adalah pada tahap 83.9% dan mengikut jadual.

Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 11:00 malam, 13 Oktober 2021. Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat setelah sistem bekalan air telah distabilkan, dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 16 Oktober 2021.

Air Selangor telah menggerakkan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki ke premispremis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air
Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang
www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …