Status Terkini Kerja-Kerja Penambahbaikan, Penyenggaraan dan Penggantian Aset Di Loji Rawatan Air Sungai Langat serta Gangguan Bekalan Air akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang Berikutan Insiden Pencemaran Bau di Sungai Selangor

8:00 pagi

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status terkini kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat serta gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.

Loji Rawatan Air Sungai Langat

Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat (LRA Sg Langat) telah siap dilaksanakan. Walaupun begitu, terdapat sedikit kesulitan teknikal di lapangan dan kami sedang berusaha menyelesaikannya. Namun begitu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat telah mula disalurkan melalui sumber alternatif secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 12 Oktober 2023 (Khamis).

Loji Rawatan Air SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang

Berkenaan status terkini gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor pula, sehingga jam 6:00 pagi, status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas telah mencapai 67.0%. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah malam, 12 Oktober 2023 (Khamis). Senarai kawasan-kawasan yang belum pulih LRA SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor adalah seperti di Lampiran A.

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …