6:00 petang
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerjakerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil sedang giat dilaksanakan dan mengalami sedikit kelewatan berikutan isu teknikal di tapak. Sehingga jam 6:00 petang ini, peratusan kerja adalah pada tahap 63%.
Kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air ini kini dijangka akan siap pada jam 12:00 tengah malam, 22 Jun 2022. Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.
Air Selangor akan terus menggerakkan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki air ke kawasankawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-