STATUS TERKINI KERJA-KERJA PENGALIHAN DAN PENYAMBUNGAN PAIP BAHARU BERDEKATAN KILANG CARLSBERG DI PERSIARAN SELANGOR SEKSYEN 15, SHAH ALAM

30 MAC 2021, 6:00 petang

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan Kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam, sedang giat dijalankan. Sehingga jam 5.00 petang ini, status kemajuan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu adalah pada tahap 73% seperti yang dijadualkan.

 

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 9:00 malam hari ini. Bekalan air akan mula disalurkan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

 

Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, Aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

Air Selangor menyarankan para pengguna menggunakan air yang telah disimpan secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …