STATUS TERKINI KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP PADA JAJARAN PAIP AIR MENTAH DI EMPANGAN KLANG GATES

6 April 2021, 6:00 petang

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah di Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju sedang giat dijalankan. Sehingga jam 5:00 petang ini, status kemajuan kerja-kerja penggantian injap adalah pada tahap 79% mengikut jadual. Kerja-kerja penggantian injap ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 9:00 malam hari ini.

 

Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 29 lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta upacara pengebumian.

 

Air Selangor turut menyediakan kemudahan pembelian air kepada pihak industri atau pelanggan komersial dengan membuat pembayaran di kaunter-kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor. Para pelanggan perlu menyediakan sendiri kenderaan atau lori tangki yang disewa sendiri. Pengambilan air boleh dilakukan di dua (2) stesen pengambilan air di Jalan Jalan TPP 5/17, Taman Perindustrian Puchong 5/17 dan Stor Air Selangor Hulu Langat, Seksyen 13, Jalan P/4 Bandar Baru Bangi.

 

Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut dibuka di Sebelah Padang Bola, Hospital Kuala Lumpur dan kawasan letak kenderaan My Capital, Jalan Jejawi, Bangsar bagi kemudahan para pengguna membuat aduan serta berhubung terus dengan pegawai khidmat pelanggan kami.

 

Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi rasmi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

Air Selangor menyarankan para pengguna untuk menggunakan air yang telah disimpan secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …