Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa bekalan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Bandar Sri Ehsan, berdekatan Masjid KLIA semalam telah siap pada jam 4:30 petang tadi. Berikutan ini, para pelanggan yang terjejas akibat gangguan bekalan air ekoran pembaikan paip pecah ini dijangka akan mula menerima bekalan air pada jam 8:00 malam, 16 September 2020 secara berperingkat-peringkat.
Kawasan-kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang yang sedang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual adalah seperti berikut:
Wilayah | Kuala Langat | Sepang |
Kawasan | Taman Langat Utama | Estet SOPEC |
Taman D’Menara | ||
Taman Murnimas | ||
RTB Bukit Changgang | ||
Bandar Sri Ehsan | ||
Taman Langat Murni | ||
Bandar Mahkota | ||
Bandar Brooklands |
Bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat di wilayah Kuala Langat dan Sepang masih digerakkan bagi membantu pengguna.
Para pengguna yang ingin mendapatkan bantuan bekalan air boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami di talian 15300.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.
-TAMAT-
ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd