STATUS TERKINI KERJA PEMBAIKAN PAIP PUTUS DI DAMANSARA UTAMA HAMPIR SIAP DILAKSANAKAN

1:30 PM

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pengalihan paip sementara di atas bahu jalan Lebuhraya SPRINT di Damansara Utama telah selesai pada jam 10:00 pagi tadi. Walau bagaimanapun, bekalan air masih belum dapat disalurkan pada jam 11:30 pagi seperti yang dimaklumkan sebelum ini kerana proses akhir untuk mengukuhkan tebing dan struktur paip di lokasi masih lagi sedang dijalankan dan dijangka akan selesai pada jam 2:30 petang. Pengukuhan struktur ini sangat penting bagi memastikan kestabilan paip yang telah dialihkan. Air Selangor memohon maaf di atas kelewatan untuk menyalurkan bekalan air kepada para pengguna di kawasan yang terjejas.

Air Selangor terus menyediakan bantuan bekalan air alternatif melalui lori-lori tangki yang digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat dan melalui tangki statik yang diletakkan di dua Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang telah dibuka untuk kemudahan para pengguna yang terlibat. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki dan PKS yang disediakan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …