STATUS TERKINI PELAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, GOMBAK, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR, KUALA LANGAT DAN KUALA SELANGOR [13 Nov 2020, 7AM]

SIARAN MEDIA – SEGERA
13 NOVEMBER 2020, 7:00 PAGI

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)  ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran di Sungai Selangor pada 10 November 2020.

 

Sehingga jam 6:00 pagi ini, sejumlah 1,263 (99%) kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 1,279 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Justeru itu, sebanyak 16 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan dan akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat. Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

100 %

Klang/ Shah Alam

92 %

Gombak

100 %

Kuala Lumpur

100 %

Hulu Selangor

91 %

Kuala Langat

100 %

Kuala Selangor

100 %

 

Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

 

Air Selangor juga berharap para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Bantuan bekalan air alternatif melalui pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat status pemulihan bekalan air yang dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

– TAMAT –

 

ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

 

 

LAMPIRAN A – SENARAI KAWASAN YANG BELUM PULIH

KLANG

Bukit Kerayong Seksyen 17 Seksyen 23
Perepat Seksyen 18 Seksyen 24
Perindustrian Pulau Indah Fasa 2 Seksyen 19 Seksyen 25
Pulau Ketam Seksyen 20 Sementa
Seksyen 16 & Padang Jawa Seksyen 22

 

HULU SELANGOR

Rawang Perdana
Sebahagian Bukit Rawang Putra (FLAT)

Peta Kawasan Mengikut Status Pelan Pemulihan

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …