SIARAN MEDIA – SEGERA
13 NOVEMBER 2020, 7:00 PAGI
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran di Sungai Selangor pada 10 November 2020.
Sehingga jam 6:00 pagi ini, sejumlah 1,263 (99%) kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 1,279 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Justeru itu, sebanyak 16 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan dan akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat. Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:
Wilayah |
Pemulihan Kawasan (%) |
Petaling |
100 % |
Klang/ Shah Alam |
92 % |
Gombak |
100 % |
Kuala Lumpur |
100 % |
Hulu Selangor |
91 % |
Kuala Langat |
100 % |
Kuala Selangor |
100 % |
Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.
Air Selangor juga berharap para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Bantuan bekalan air alternatif melalui pili – pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat status pemulihan bekalan air yang dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
– TAMAT –
ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
LAMPIRAN A – SENARAI KAWASAN YANG BELUM PULIH
KLANG |
||
Bukit Kerayong |
Seksyen 17 |
Seksyen 23 |
Perepat |
Seksyen 18 |
Seksyen 24 |
Perindustrian Pulau Indah Fasa 2 |
Seksyen 19 |
Seksyen 25 |
Pulau Ketam |
Seksyen 20 |
Sementa |
Seksyen 16 & Padang Jawa |
Seksyen 22 |
– |
HULU SELANGOR |
Rawang Perdana |
Sebahagian Bukit Rawang Putra (FLAT) |