Kawasan | Peratusan Pemulihan | |
Kumpulan 1 | Kumpulan 2 | |
Kuala Selangor | 100% | |
Gombak | 100% | |
Petaling | 100% | |
Shah Alam | 100% | |
Klang | 100% | 54.4% |
Kuala Lumpur | 100% |
1:00 tengah hari
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status terkini pemulihan bekalan air akibat pengurangan pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi susulan aliran kepala air awal pagi Sabtu, 12 Ogos 2023.
Sehingga jam 12:00 tengah hari, status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat telah mencapai 100% bagi Kumpulan 1 dan 54.4% bagi Kumpulan 2. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air mengikut wilayah adalah seperti berikut:
Senarai kawasan yang masih belum pulih boleh disemak di Lampiran A bagi Kumpulan 2.
Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor.
Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
-TAMAT-