Status Terkini Pemulihan Bekalan Air Akibat Pengurangan Pengeluaran Air Terawat Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) Berikutan Kekeruhan Air Mentah yang Tinggi Akibat Aliran Kepala Air

10:00 pagi

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status terkini pemulihan bekalan air akibat pengurangan pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi susulan aliran kepala air awal hari ini.

Setakat jam 8:30 pagi, kesemua LRA Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3 telah beroperasi sepenuhnya yang mana pengeluaran air terawat telah kembali pada kadar normal. Para pengguna akan menerima bekalan air seperti biasa secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan.

Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna bermula jam 12:00 tengah hari, 13 Ogos 2023 setelah sistem bekalan air distabilkan. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya mengikut kumpulan seperti dalam jadual berikut:

Kumpulan      Anggaran Waktu Pemulihan Penuh                 Senarai Kawasan

1                           12:00 tengah hari, 14 Ogos 2023 (24 jam)                Lampiran A

2                          12:00 pagi, 15 Ogos 20203 (36 jam)                           Lampiran B

Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/  serta aplikasi Air Selangor.

Air Selangor akan terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …