8:00 PAGI
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point telah siap dilaksanakan pada jam 8:30 malam, 25 September 2021. Berikutan itu, bekalan air telah mula disalurkan ke kawasan di Wilayah Gombak yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Sehingga jam 7:00 pagi, pemulihan bekalan air di 41 kawasan yang terjejas telah mencapai 34%. Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.
Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 10:00 malam, 26 September 2021.
Bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian. Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini.
Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-
LAMPIRAN A
Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Berikutan Insiden Paip Pecah di Jalan Ampang
Senarai Kawasan Belum Pulih
26 September 2021
WILAYAH GOMBAK
26 September 2021 |
|
1 | TAMAN TAR |
2 | HILL SIDE ESTATE |
3 | KG DATO MUFTI |
4 | TAMAN AMPANG INDAH |
5 | TAMAN BUKIT INDAH |
6 | TAMAN TTDI JAYA BUKIT INDAH AMPANG |
7 | TAMAN GRANDVIEW AMPANG |
8 | BANDAR BARU AMPANG |
9 | APARTMENT MESRA RIA |
10 | APARTMENT MESRA PRIMA |
11 | APARTMENT MESRA VILLA |
12 | TAMAN RASMI JAYA |
13 | TAMAN UDA JAYA |
14 | TAMAN PERWIRA AMPANG |
15 | TAMAN HALAMAN KESUMA |
16 | TAMAN DAGANG PERMAI |
17 | TAMAN BUKIT AMPANG |
18 | KG MUHIBAH AMPANG |
19 | KG TASIK PERMAI |
20 | KG AMPANG INDAH |
21 | KG INDAH PERMAI |
22 | KG AMPANG CAMPURAN |
23 | TAMAN FAIZURA AMPANG |
24 | TAMAN PERMAI JAYA AMPANG |
25 | KG/ TAMAN TASEK TAMBAHAN |
26 | TAMAN SRI BAYU AMPANG |
27 | TAMAN SRI BARU AMPANG |