Status Terkini Pemulihan Bekalan Air Di Wilayah Hulu Langat Berikutan Henti Tugas Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 Disebabkan Oleh Insiden Banjir

1:00 tengah hari

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air bagi 28 kawasan di Wilayah Hulu Langat yang terjejas berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 (LRA Cheras Batu 11) disebabkan peningkatan paras air serta penutupan bekalan elektrik kecemasan pada 19 Disember 2021.

LRA Semenyih 2, LRA Sg Langat dan LRA Langat 2 yang terjejas sebelum ini telah pulih sepenuhnya dan bekalan air telah dapat disalurkan seperti biasa. Berikutan LRA Cheras Batu 11 yang sudah mula beroperasi, 2 kawasan (Taman Sri Indah Cheras dan Kawasan Perindustrian Cheras Jaya) telah pulih sepenuhnya, manakala 26 kawasan lagi di wilayah Hulu Langat yang masih terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya pada 10:00 pagi, 24 Disember 2021. Senarai kawasan yang belum pulih adalah seperti di Lampiran A. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang belum pulih menerusi laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor.

Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki masih lagi digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki. Air Selangor berharap agar pengguna yang telah mendapat bekalan air menggunakan air secara berhemat bagi memastikan kawasan-kawasan yang terjejas akan mendapat bekalan air mengikut jadual.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Air Selangor juga ingin menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Lampiran A

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …