STATUS TERKINI PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH HULU SELANGOR

6:30PM

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status pemulihan bekalan air di Wilayah Hulu Selangor ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek berikutan insiden banjir pada 3 Januari 2021.

 

Sehingga jam 6:00 petang ini, bekalan air di 7 kawasan sudah pulih sepenuhnya, manakala Kampung Orang Asli masih dalam proses pemulihan. Bekalan air di kawasan ini dijangka akan pulih sepenuhnya pada 5 Januari 2021, jam 7.00 pagi.

 

Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki masih lagi digerakkan kepada para pengguna yang terjejas.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan lanjut insiden ini dan status terkini bekalan air dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …