1:00 PM
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status pemulihan bekalan air di Wilayah Hulu Selangor ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek berikutan insiden banjir pada 3 Januari 2021.
Sehingga jam 12:00 tengah hari, bekalan air di 2 kawasan sudah pulih sepenuhnya, manakala 6 kawasan masih dalam proses pemulihan. Kawasan-kawasan yang masih dalam proses pemulihan adalah Kampung Bahom, Kampung Gesir Tengah, Kampung Lalang, Kampung Orang Asli, Kampung Sekolan/ Kuaters Klinik dan Kampung Sungai Nilam/ Kampung Seri Pagi.
Air Selangor menjangkakan pemulihan sepenuhnya bekalan air di semua kawasan terjejas adalah pada 5 Januari 2021, jam 7.00 pagi.
Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki masih lagi digerakkan kepada para pengguna yang terjejas.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan lanjut insiden ini dan status terkini bekalan air dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
– TAMAT –