8 April 2021, 7:00 pagi
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan gangguan bekalan air berjadual yang berlaku di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju pada 6 April 2021.
Sehingga jam 6:00 pagi, sejumlah 66%, bersamaan dengan 38 daripada 58 kawasan telah mendapat bekalan air sepenuhnya yang mana para pengguna yang terjejas di Wilayah Gombak telah pulih sepenuhnya. Manakala, sejumlah 20 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur masih belum pulih.
Peratusan kawasan yang telah pulih mengikut wilayah adalah seperti berikut:
WILAYAH | STATUS PEMULIHAN KAWASAN
(%) |
Kuala Lumpur | 57% |
Gombak | 100% |
Senarai kawasan yang masih belum menerima bekalan air sepenuhnya seperti di Lampiran A.
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.
Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
-TAMAT-
LAMPIRAN A
SENARAI KAWASAN YANG BELUM PULIH
GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL YANG BERLAKU DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK BERIKUTAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP DI JAJARAN PAIP AIR MENTAH DARI EMPANGAN KLANG GATES DAN MENYEBABKAN HENTI TUGAS SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR BUKIT NANAS DAN WANGSA MAJU
8 APRIL 2021, 6:00 PAGI
WILAYAH KUALA LUMPUR |
||
Bukit Bandaraya | Kampung Datuk Keramat | Taman Bandaraya |
Bukit Bangsar | Kampung Padang Merbok | Taman Bangsar |
Bukit Bintang | Kuala Lumpur City Center 1 | Taman Bangsar Baru |
Hampshire Park | Kuala Lumpur City Center 2 | Taman Lucky |
Imbi | Parlimen | Tasik Perdana |
Jalan Sultan Hishamuddin | Persiaran Sultan Salahuddin | Tijani |
Jalan Travers | Pudu | – |