7 April 2021, 10:00 malam
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan gangguan bekalan air berjadual yang berlaku di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju pada 6 April 2021.
Setakat jam 9:00 malam, sejumlah 28%, bersamaan dengan 16 kawasan telah mendapat bekalan air sepenuhnya, daripada keseluruhan 58 kawasan yang terjejas di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak.
Peratusan kawasan yang telah pulih sepenuhnya mengikut wilayah adalah seperti berikut:
WILAYAH | STATUS PEMULIHAN KAWASAN
(%) |
Kuala Lumpur | 17% |
Gombak | 67% |
Senarai kawasan yang masih belum menerima bekalan air sepenuhnya seperti di Lampiran A.
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.
Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
-TAMAT-
LAMPIRAN A
SENARAI KAWASAN YANG BELUM PULIH
GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK BERIKUTAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP DI JAJARAN PAIP AIR MENTAH DARI EMPANGAN KLANG GATES DAN MENYEBABKAN HENTI TUGAS SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR BUKIT NANAS DAN WANGSA MAJU
7 APRIL 2020, 9:00 MALAM
WILAYAH KUALA LUMPUR |
||
Apartment Putra Ria | Jalan Sultan Hishamuddin | Persiaran Tuanku Ja’afar |
Bukit Bandaraya | Jalan Travers | Pudu |
Bukit Bangsar | Jalan Tuanku Abdul Rahman | Taman Bandaraya |
Bukit Bintang | Kampung Attap | Taman Bangsar |
Bukit Ceylon | Kampung Baru | Taman Bangsar Baru |
Bukit Persekutuan | Kampung Datuk Keramat | Taman Duta |
Bukit Tunku | Kampung Padang Merbok | Taman Lucky |
Chow Kit | Kuala Lumpur City Center 1 | Taman Sa (Bangsar) |
Damansara Height | Kuala Lumpur City Center 2 | Taman Sa (Damansara) |
Dang Wangi & Capsquare | Kuala Lumpur City Center 4 | Tasik Perdana |
Hampshire Park | Medan Tuanku | Tijani |
Imbi | Parlimen | Titiwangsa Sentral |
Jalan Raja Laut | Persiaran Sultan Salahuddin | – |
WILAYAH GOMBAK |
||
Bukit Wangsamas | Wangsa Maju Seksyen 1 | Wangsa Melawati |
KLSC Wangsa Maju | – | – |