Status Terkini Pemulihan Bekalan Air di Wilayah Kuala Lumpur

7.00 pagi

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 50 kawasan yang terjejas di Wilayah Kuala Lumpur berikutan insiden paip pengepaman bocor di Rumah Pam Segambut, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2021.

Sehingga jam 6:00 pagi hari ini, pemulihan bekalan air di 50 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 80%. Senarai kawasan yang belum pulih seperti di Lampiran A.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat insiden ini dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

 

LAMPIRAN A

Senarai Kawasan Yang Belum Pulih Berikutan Pelaksanaan Kerja-Kerja Pembaikan Paip Rumah Pam Air Segambut

WILAYAH KUALA LUMPUR
11 OKTOBER 2021

1 Anjung Tiara
2 Bukit Prima Pelangi
3 Bukit Segambut
4 Dutamas
5 Taman Bukit Sri Bintang
6 Taman Flora Impian
7 Taman Prima Impian
8 Taman Seri Bukit Segambut
9 Taman Sri Bintang
10 Taman Sri Sinar

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …