STATUS TERKINI PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG DAN SHAH ALAM

2:00 Petang

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air berjadual yang berlaku di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada 30 Mac 2021.

 

Sehingga jam 1:00 petang hari ini, walaupun masih tiada kawasan di Wilayah Petaling, Shah Alam dan Klang telah pulih sepenuhya, namun para pengguna yang telah menerima bekalan air berdasarkan jumlah akaun adalah pada tahap 25.42%, iaitu 12,462 daripada jumlah keseluruhan 49,030 akaun pengguna yang terlibat.

 

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

 

Air Selangor ingin menyarankan kepada para pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

 

Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Leb...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya …

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …