7:00 Malam
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada 30 Mac 2021.
Sehingga jam 6:00 petang hari ini, pemulihan sepenuhnya telah dicapai di 26% kawasan, iaitu bersamaan 8 kawasan dari 31 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual ini. Walau bagaimanapun, 73% akaun pengguna yang terlibat telah pun menerima bekalan air di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam.
Peratusan kawasan yang telah pulih mengikut wilayah adalah seperti berikut:
WILAYAH | STATUS PEMULIHAN KAWASAN
(%) |
Petaling | 100% |
Klang | 21% |
Shah Alam | 0% |
Senarai kawasan yang masih belum menerima bekalan air sepenuhnya seperti di Lampiran A.
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.
Air Selangor berharap para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
-TAMAT-
LAMPIRAN A
SENARAI KAWASAN YANG MASIH BELUM PULIH EKORAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL – JAM 6:00 PETANG, 31 MAC 2021
NO | WILAYAH | KAWASAN YANG MASIH BELUM PULIH |
1. | KLANG | BUKIT NAGA |
2. | KLANG | DESA LATANIA (SEKSYEN 36) |
3. | KLANG | JALAN BUKIT RIMAU |
4. | KLANG | JALAN SAMARINDA |
5. | KLANG | KAMPUNG KEBUN BUNGA |
6. | KLANG | KAMPUNG SUNGAI KANDIS |
7. | KLANG | PINGGIRAN SUBANG USJ 3 |
8. | KLANG | TAMAN KANDIS PERMAI |
9. | KLANG | TAMAN MAZNAH KLANG |
10. | KLANG | TAMAN SENTOSA |
11. | KLANG | TAMAN SUBANG MAS |
12. | SHAH ALAM | SEKSYEN 22 |
13. | SHAH ALAM | SEKSYEN 25 |
14. | SHAH ALAM | SEKSYEN 26 |
15. | SHAH ALAM | SEKSYEN 27 |
16. | SHAH ALAM | SEKSYEN 28 |
17. | SHAH ALAM | SEKSYEN 29 |
18. | SHAH ALAM | SEKSYEN 30 |
19. | SHAH ALAM | SEKSYEN 32 |
20. | SHAH ALAM | SEKSYEN 33 |
21. | SHAH ALAM | SEKSYEN 34 |
22. | SHAH ALAM | TAMAN DESA KEMUNING |
23. | SHAH ALAM | TAMAN BATU TIGA |