Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 13 Oktober 2021.
Setakat jam 6:00 pagi hari ini, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 28%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air mengikut wilayah adalah seperti berikut:
No | Wilayah | Peratusan Pemulihan (%) |
1 | Kuala Selangor | 75.6 |
2 | Hulu Selangor | 60.7 |
3 | Petaling | 60.4 |
4 | Shah Alam | 40.4 |
5 | Klang | 0.9 |
6 | Gombak | 0 |
7 | Kuala Lumpur | 0 |
8 | Kuala Langat | 0 |
Senarai kawasan yang telah pulih boleh diakses di laman pautan hentitugas.airselangor.com.
Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan
menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang
masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air
Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang
www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-