Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 13 Oktober 2021.
Setakat jam 6:00 pagi hari ini, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 98%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air mengikut wilayah adalah seperti berikut:
No | Wilayah | Peratusan Pemulihan (%) |
1 | Hulu Selangor | 100 |
2 | Kuala Langat | 100 |
3 | Shah Alam | 100 |
4 | Kuala Selangor | 100 |
5 | Petaling | 100 |
6 | Gombak | 100 |
7 | Kuala Lumpur | 95.5 |
8 | Klang | 89.4 |
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Senarai kawasan yang belum pulih adalah seperti di Lampiran A. Peratusan pemulihan kawasan juga boleh didapati secara masa nyata di laman pautan hentitugas.airselangor.com.
Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan
menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang
masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air
Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang
www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT
Senarai Kawasan Yang Belum Pulih Berikutan Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan Pelaksanaan Kerja-Kerja Penyenggaraan Aset di LRA SSP1 Pada 13 Oktober 2021
WILAYAH KLANG
16 OKTOBER 2021, 6:00 PAGI
1. MERU
2. AMAN PERDANA
3. PERINDUSTRIAN PULAU INDAH FASA 2
4. PEREPAT
5. KAPAR
6. SEMENTA
7. BUKIT KAPAR
8. BANDAR BARU BUKIT RAJA
9. PULAU KETAM
10. KAMPUNG TELOK GONG
11. KAMPUNG PULAU INDAH
12. BUKIT KERAYONG
WILAYAH KUALA LUMPUR
16 OKTOBER 2021, 6:00 PAGI
1. TAMAN FLORA IMPIAN
2. TAMAN PRIMA IMPIAN
3. DUTAMAS
4. TAMAN SRI BINTANG
5. TAMAN BUKIT SRI BINTANG
6. TAMAN SERI BUKIT SEGAMBUT
7. ANJUNG TIARA
8. MONT KIARA