Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan berikutan kerjakerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 13 Oktober 2021.
Setakat jam 12:00 tengah hari ini, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah
mencapai tahap 99.5%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air mengikut wilayah adalah seperti berikut:
No | Wilayah | Peratusan Pemulihan (%) |
1 | Hulu Selangor | 100 |
2 | Kuala Langat | 100 |
3 | Shah Alam | 100 |
4 | Kuala Selangor | 100 |
5 | Petaling | 100 |
6 | Gombak | 100 |
7 | Kuala Lumpur | 100 |
8 | Klang | 99.6 |
Senarai kawasan yang belum pulih seperti di Lampiran A. Peratusan pemulihan kawasan secara masa nyata dan lokasi pili awam untuk mendapatkan bekalan air boleh didapati di laman pautan hentitugas.airselangor.com.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air
Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang
www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-TAMAT-
Senarai Kawasan Yang Belum Pulih Berikutan Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan Pelaksanaan Kerja-Kerja Penyenggaraan Aset di LRA SSP1 Pada 13 Oktober 2021
WILAYAH KLANG
16 OKTOBER 2021, 12:00 TENGAH HARI
1. MERU
2. AMAN PERDANA
3. KAPAR
4. BANDAR BARU BUKIT RAJA
5. KAMPUNG PULAU INDAH