8 April 2021, 1:00 tengah hari
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan gangguan bekalan air berjadual yang berlaku di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju pada 6 April 2021.
Sehingga jam 12:00 tengah hari ini, sejumlah 79%, bersamaan dengan 46 daripada 58 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual ini telah mendapat bekalan air sepenuhnya. Manakala, 12 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang masih belum pulih adalah Bukit Bandaraya, Bukit Bangsar, Bukit Bintang, Hampshire Park, Imbi, Kuala Lumpur City Centre 1, Kuala Lumpur City Centre 2, Pudu, Taman Bandaraya, Taman Bangsar, Taman Bangsar Baru dan Taman Lucky.
Peratusan kawasan yang telah pulih mengikut wilayah adalah seperti berikut:
WILAYAH | STATUS PEMULIHAN KAWASAN
(%) |
Kuala Lumpur | 74% |
Gombak | 100% |
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.
Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
-TAMAT-