Air Selangor Tambah Baik Aplikasi Mudah Alih dan Laman Web Jadi Lebih Mesra Pengguna

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) baru-baru ini menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya yang direka khas untuk menyelaras dan menyeragam titik sentuh komunikasi pelanggan yang lebih efisien dan mesra pengguna. Penambahbaikan platform ini mengoptimumkan sistem dan proses dalaman pelbagai jenis perkhidmatan pelanggan yang membolehkan pelanggan memantau bil air, melaporkan gangguan bekalan air serta menerima maklumat perkhidmatan secara langsung dan terkini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali berkata, ”Dengan kepakaran teknologi yang kami ada, penambahbaikan yang diterapkan ini akan memudahkan urusan harian pengguna menjadi lebih pantas dan efisien daripada pelbagai segi termasuklah memantau trend penggunaan air mereka sehinggalah membuat pembayaran bil. Ini merupakan fasa pertama dalam transformasi digital kami untuk melancarkan super app dan super web pada tahun hadapan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kami kepada pengguna seiring visi kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan air yang terkemuka di Asia menjelang 2030.”

 

Penambahbaikan yang diterapkan ini termasuklah:

 

  1. Penambahbaikan Pengurusan Akaun Air
  • Pengguna kini boleh log masuk dengan mudah menggunakan ID pelanggan/perniagaan bagi menguruskan semua hal berkaitan akaun air menerusi satu platform.

 

  1. Perolehan Maklumat Mengenai Bekalan Air
  • Pengguna boleh memperolehi maklumat terkini tentang status bekalan air di kawasan mereka.

 

  1. Bil dan Pembayaran
  • Pengguna dapat menguruskan semua bil mereka dan melakukan pembayaran dengan mudah pada bila-bila masa.

 

  1. Akses Langsung ke Perkhidmatan Dalam Talian
  • Pengguna dapat memohon perkhidmatan secara dalam talian dan memantau status permohonan mereka secara terus.

 

  1. Laporan Kebocoran Paip
  • Pengguna boleh melaporkan insiden seperti paip bocor, paip pecah, kebocoran meter, atau penyambungan paip haram dengan lebih mudah dan segera.

 

  1. Bantuan Maya
  • Pengguna boleh mengajukan sebarang pertanyaan kepada ‘Joy’ iaitu pembantu maya Air Selangor, pada bila-bila masa.

 

Pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih Air Selangor yang telah dinaik taraf ini bermula 3 Disember 2024 di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery serta melayari laman web baharu di www.airselangor.com bagi menikmati pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kepada saluran komunikasi rasmi kami, iaitu aplikasi Air Selangor, X, Facebook, Instagram, atau menghubungi Pusat Hubungan Air Selangor di talian 15300.

 

-TAMAT-

 

Related posts

default
Air Selangor Bersedia Memenuhi Keperluan Air Untuk Menyokong Pertum...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, …

default
Air Selangor Memperkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian dan Hak Asas...
Media

18 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini merasmikan kerjasama strategik melalui …

default
Air Selangor dan Monsta Jalin Kerjasama Bagi Meningkatkan Kesedaran...
Media

Disiarkan pada 4 November 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Monsta Studios Sdn. …